Google+ Followers

Wednesday, 25 September 2013

Bab 33



BAB 33

“ Terlupa pula ibu nak kenalkan anak ibu pada kamu berdua. Ini Adli Zafri, satu-satunya anak ibu. Adli, mereka berdua ni kawan baik Lily, Zaki dan Azreena. Diorang ni berkawan sejak dari sekolah rendah lagi.” Sabariah memperkenalkan anak tuggalnya yang bertuah itu selepas melihat keadaan anak angkatnya yang tersedak tadi okey sedikit.

Wednesday, 4 September 2013

Bab 32



BAB 32

Setelah hampir seminggu semenjak anak ibu itu kembali ke sini, terasa ketenangan aku seperti diragut. Ada sahaja yang tidak kena. Apa yang aku buat semuanya tidak betul di matanya. Di perlakukan aku, macam orang gajinya pula.

Bab 31




BAB 31

Adli terjaga dari lena. Dia menyelak kain tirai di tingkap biliknya itu. Gelapnya di luar sana. Dia duduk semula di birai katilnya lalu mengerling ke arah jam di dinding. Patutlah, sudah pukul sembilan malam rupanya. Lena sungguh dia tidur tadi.

Thursday, 29 August 2013

Bab 30



BAB 30

Aku perasaan akan riak kurang senang yang terbit di wajahnya sejak bertemu kali pertama. Sudahlah pertemuan pertama diisi dengan insiden yang memalukannya. Aku masih berdiri kaku di hadapan pintu biliknya. Apa aku nak cakap pada dia ni? Aku menggaru tudungku, sedangkan yang gatal adalah kepalaku sambil menggigit bibirku.

Bab 29



BAB 29

Kini, sudah hampir empat bulan sejak kejadian malang itu berlaku. Aku hampir-hampir mengalami ‘gila meroyan’. Hampir sebulan aku mengalami kemurungan akibat tekanan perasaan yang aku alami. Mujurlah ibu dan ayah angkatku, kak Mariam serta Azreena dan buah hatinya banyak membantu dalam memulihkan semangatku. Aku kini perlu berfikiran positif dalam setiap hal. Tinggi sungguh kesabaran mereka melayan perangai ku yang seperti orang kurang siuman.

Wednesday, 28 August 2013

Bab 28



BAB 28

Aku pasrah dan redha dengan ketentuan ini. Setelah hampir empat puluh lapan jam bayiku melihat dunia, akhirnya jam sepuluh pagi ini dia telah menghembuskan nafasnya yang terakhir. Dia pergi meninggalkan aku, ibunya yang langsung tidak berpeluang memeluk, membelai dan memegangnya.

Monday, 26 August 2013

Bab 27




BAB 27

Nampaknya hari ini, aku terpaksa mengambil cuti kecemasan. Entah mengapa tiba-tiba, badanku rasa kurang enak. Pinggangku terasa sangat ngilu dan perutku juga meragam. Kekadang terasa keras semacam saja perutku ini.