BAB 35
Berdebar-debar hati Dayana sepanjang perjalanan ini. Tidak
tahu bagaimana dengan penerimaan keluarganya? Beria-ia ayah mertuanya memujuk,
mahukan dia pulang ke kampung halamannya. Tidak tahu hal apa yang berbangkit
hingga kepulangannya sangat dinantikan oleh keluarganya. Dia bukanlah merajuk
tetapi kecil hati dengan keputusan yang diambil oleh pak uda. Bukan mahu
menyiasat perkara sebenar, senang-senag sahaja menjatuhkan hukum.